Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan Kelas Pendidikan Khas SK (A) Bukit Cheding (SKABC)

Pada tanggal 11 Jun 2012, iaitu pada hari Isnin, minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan semester, anak-anak kami di SKABC masuk ke kelas ‘baru’ mereka secara rasminya. Kami menyambut mereka dengan hati yang terbuka dan seronok sama sekali. Pelbagai riak wajah dan tanda tanya ternampak di muka anak-anak yang comel ini.
Istilah ‘baru’ di sini, mungkin tidak memberi keselesaan bagi anak-anak kami di dalam kelas. Sebenarnya begitu juga dengan kami guru-guru di kelas pendidikan khas ini. Walaubagaimanapun, kami tidak tunjukkan rasa ketidakselesaan kami kepada anak-anak kami, malah kami tunjukkan semangat dan kasih-sayang yang terdapat di ‘syurga’ kami ini. Malah semangat guru-guru juga datangnya daripada sokongan dan kerjasama yang selalu diberikan oleh Guru Besar dan barisan pentadbir sekolah.
Kenapa timbul istilah ‘baru’, dan ketidakselesaan ini???
Hah ini dia..kami mahu cerita tentang sejarah penubuhan kelas pendidikan khas SK Bukit Cheding..
Nama diberi SK (A) Bukit Cheding, yang terletak di Kg Bukit Cheding, Banting, Selangor. Sekolah ini merupakan sekolah untuk anak-anak bumiputera asli. Anak-anak yang bersekolah di sini, datangnya dari empat buah kampung yang terdekat.
Sekolah ini merupakan sekolah asli pertama dalam Malaysia, yang menubuhkan kelas Pendidikan Khas untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Di awal penubuhan ini, terdapat seramai 12 orang murid (6 lelaki dan 6 perempuan) dan terdapat tiga orang guru yang menguruskan kelas ini.

1.     Pn Morni Wahab (asal Johor)
2.    Pn Noor Azleen Adlina Baweh (asal Kelantan)
3.    Cik Siti Nur Fatihah Harun (asal Terengganu)


Keadaan kelas kami tidak seperti kelas-kelas lain. Nak tengok macam mana? Jom kita terjah!!!!! 




No comments:

Post a Comment